"anak monyet dihutan disusukan"
"anak sendiri dipinggirkan"
begitulah ungkapan yang sesuai menurut pemikiran penulis mengenai isu hangat yang diperkatakan kini, isu negarakuku, karya weng mee chee atau lebih dikenali sebagai namewee. karyanya mendapat berbagai reaksi daripada segenap lapisan pihak, ada yang mengutuk, mencela,namun, tidak kurang pula yang memuji, mengangkat dan mengangggap lelaki tersebut sebagai jaguh komuniti cina di malaysia hari ini.Bertopengkan manifestasi hak dan keadilan kaum minoriti cina malaysia, name wee telah melaksanakan agenda jahatnya itu secara halus,di mana mampu menggugat kestabilan negara yang telah dikecapi sejak 50tahun dahulu.
Lirik-liriknya cukup sinis, berbaur perkauman, kononnya menyuarakan rasa ketidakadilan yang sekian lama wujud di bumi bertuah ini. Tindakannya mengkritik agama islam, serta budaya bangsa melayu adalah cukup memalukan, mencalarkan kredibiliti negara malaysia sebagai jaguh dunia ke3 .Namun, saya amat kesal, kerana, masih ramai lagi dikalangan kita, berbin dan berbintikan muhammad atau abdullah, langsung tidak mengambil inisiatif untuk mendesak kerajaan membawa namewee ke muka pengadilan, akibat hanyut didalam gelojak hiburan yang ditaburkan oleh puak-puak media di negara ini.Perlu ditegaskan, penulis langsung tidak berniat atau terlintas untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak didalam artikel ini, tetapi penulis hanya mahu melahirkan manifestasi yang lebih kepada bersifat peribadi, serta mahu memupuk kesedaran dikalangan pembaca semua bahawa betapa pentingnya hak melayu dan islam dipertahankan daripada diperkotak katikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
sebelum penulis mengupas topik ini dengan lebih lanjut, sukacita penulis menyorot kembali kisah silam mengenai perpaduan bangsa yang telah dikecapi di malaysia.
malaysia, atau nama asalnya malaya ataupun tanah melayu, adalah bumi yang kaya dengan hasil bumi, serta budi bahasa pada satu ketika dahulu.disebabkan perkara tersebut, tanah melayu telah menjadi tumpuan anak-anak dagang dari seantaro dunia sejak daripada pembentukan empayar melaka lagi.Hasil daripada kecekapan pemimpin-pemimpin empayar melaka, maka, tanah melayu tidaklah menjadi bumi asing lagi didalam coretan sejarah dunia.Akibat daripada itu, kekayaan yang dinikmati oleh rakyat jelata telah menarik perhatian puak imperalis barat untuk merampas hak kekayaan yang dimiliki.Hasil daripada dendam perang salib yang masih lagi belum terbalas, maka berbondong-bondong lah datangnya angkatan perang portugis melalui goa menyerang melaka, mencabut segala kenikmatan yang dinikmati oleh orang melayu pada ketika itu.Kelemahan dari segi kelengkapan persenjataan hulubalang melayu serta kecekapan alfonso de alburqaque mengemudi angkatan tentera portugis, telah menyebabkan kejatuhan empayar melaka serta jajahan takluknya.darah hulubalang tumpah ditanah, keramat kepada permulaan siri penjajahan bertalu-talu yang dilalui beratus-ratus tahun kemudian....maka, datanglah belanda, jepun serta inggeris yang terus merobek kekayaan tanah melayu, dibawa pulang ke london untuk diperdagangkan.Hasil daripada revolusi perindustrian di awal abad ke 19, bagi memenuhi permintaan pasaran dunia, pihak inggeris telah membawa masuk pekerja-pekerja asing daripada cina dan india. Dihantarnya linggam ke estet-estet, ah pek pulak dihantar kelombong-lombong bijih yang sebelum ini dimonopoli oleh orang melayu.Maka kayalah si penghijrah hasil daripada bumi emas ini, si melayu yang dahulunya berbangga dengan darjat, harta dan kuasa, kini terpinggir, diletaknya dikampung-kampung, mengusahakan sawah dan tidak mendapat pendidikan sewajarnya.Tertawalah British atas hasil dasar "pecah dan perintahnya" yang membuahkan hasil, mengelakkan benih-benih perpaduan tersemai didalam jiwa ketiga-tiga kaum tersebut.
Masa berlalu....
kedatangan armada jepun menyerang tanah melayu telah menyuburkan kembali semangat patriotisma didalam jiwa-jiwa melayu yang telah terpadam sejak sekian lama, lena dilamun kabaret-kabaret british.Semangat untuk memerintah kembali bumi sendiri semakin mekar, membawa kepada penentangan terhadap penjajah secara idealis dan terbuka..Melayu akhirnya bangkit kembali...
hasil daripada berkat kesabaran bangsa melayu, akhirnya british bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu akibat daripada kegagalan rancangan malayan union.bersoraklah warga melayu pada ketika itu...namun, bangsa-bangsa lain merasa gelisah, bimbang persekutuan tanah melayu kelak tidak memberikan taraf kerakyatan kepada mereka..maka terbentuklah MCA dan MIC memperjuangkan hak kaum masing-masing akibat daripada belenggu tersebut.Akhirnya, suruhanjaya yang dibentuk bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan, hasil daripada persetujuan pertukaran hak kerakyatan dan HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU yang harus dihormati oleh segelenap lapisan kaum...
Maka bergemalah laungan merdeka pada 31 ogos 1957...
penulis kembali kepada topik yang dibincangkan....
keterlanjuran namewee mengkritik azan, serta muslimah bertundung, cukup menggamit perhatian penulis.pada hemat penulis, tindakan tersebut secara tidak langsung telah melanggar artikel 3 perlembagaan negara, dimana kebebasan beragama haruslah dihormati.hasil daripada interpretasi tersebut, maka pada pendapat penulis, layaklah namewee didakwa diatas kesalahan,menghasut, atau berkonspirasi untuk memporak perandakan keamanan negara yang telah dikecapi.Harus diingati, layakkah namewee mengkritik laungan azan yang telah dilaungkan sejak zaman berzaman ni negara ini, walaupun sejak kelahiran namewee sendiri.
Lebih sedih, setakat ini masih lagi tiada tindakan undang-undang yang diambil terhadap namewee, si penyangak negara.Pihak pentadbir lebih banyak mensasarkan kepada isu bakar jalur gemilang di terengganu yang dilakukan oleh anak melayu sendiri, menyebabkan isu negarakuku semakin dilupakan.
Tidak dinafikan, namewee telah meminta maaf secara rasmi melalui TELEFON di china kepada kabinet.Namun, pada pendapat penulis, selagi wujudnya mens rea dan actus reus, maka seseorang itu tetap libel kepada kesalahan jenayah...undang-undang tetap undang-undang, hukum tetap hukum, itulah pendirian penulis.Di sini penulis menyatakan sokongan kepada Dato seri nazri aziz kerana menolak permohonan maaf namewee.Namun, atas alasan namewee berada di taiwan, namewee telah terselamat daripada didakwa oleh pihak berkuasa.
Penulis juga ingin menyatakan beberapa cadangan yang harapnya dipertimbangkan oleh pihak berwajib.
pertama sekali, penulis mencadangkan agar ekstradisi terhadap namewee harus dilakukan, dan pendakwaanharuslah dilakukan secepat mungkin demi menjamin kredibiliti kerajaan yang memerintah itu sendiri.Penulis tidak sanggup melihat kerajaan malaysia dilabelkan sebagai pengecut hanya kerana gagal membawa pulang seorang pelajar berusia 26tahun yang mendakwa dirinya bersifat KURANG MATANG ketika merakamkan lagu tersebut. Tindakan undang-undang terhadap namewee juga wajar diambil sebagai pengajaran kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang berani menghangatkan isu perkauman.Tindakan seumpama ini harus dilakukan untuk pelan jangkamasa panjang...
Kedua, pihak berwajib haruslah mengambil inisiatif untuk menyekat bara isu perkauman ini daripada terus marak.Penggunaan teknologi maklumat haruslah dihadkan kepada yang relevan sahaja.. program-program bersifat perpaduan haruslah dilakukan sekerap mungkin, pengenalan agama islam kepada kaum-kaum lain haruslah dilipatgandakan, bukanlah setakat rancangan al-kuliyyah dan forum perdana hal ehwal islam sahaja. Konsep-konsep yang termeterai didalam islam wajarlah diluaskan skopnya didalam kehidupan seharian.Penulis percaya, islam itu indah, maka tiada permasalahan yang akan timbul akibat daripada perlaksanaannya...Insyaallah..
Ketiga, masyarakat haruslah memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.Akhlak dan adab haruslah dipupuk sejak daripada didalam buaian lagi.Hal demikian kerana penulis percaya, dengan didikan ibu bapa yang betul, serta jauhnya pengaruh negatif barat didalam anak-anak muda hari ini, nescaya, tragedi namewee tidak mungkin berulang lagi.Hasil daripada pengawalan dan pendidikan akhlak yang jitudaripada ibu bapa, maka, anak-anak akan belajar saling hormat menghormati antara satu sama lain, tidak kira agama, bangsa, mahupun budaya.
sebelum penulis terlupa, disini penulis menyertakan laman URL untuk rujukan pembaca semua..---->http://en.wikipedia.org/wiki/Negarakuku
Harus diingatkan......Jika hari ini pelajar berusia 26tahun, berani mencerca bangsa melayu dan agama islam sebegini rupa, bagaimanakah pula dengan hari-hari mendatang...
salam kebangkitan dan salam aidilfitri
Ibn Qadir
manifestasi negarakuku
salam kebangkitan ...
assalamualaikum...
salam perjuangan kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian...
sepatah dua kata daripada saya, ibnu qadir kepada rakan-rakan sebagai pembuka blog saya yang tidak seberapa ini...bukanlah hendak mencari nama atau kemasyuran..ataupun tunjang politik yang menjadi idaman penyimpan ambisi seantero dunia hari ini...tetapi hanyalah secebis usaha sebagai titik tolak untuk menyemarakkan semangat perjuangan dia atas nama hak dan kebebasan yang telah digariskan oleh tuhan yang esa...
Tiada maaf yang dipohon oleh penulis diatas segala apa yang telah (atau akan) diutarakan didalam blog ini..walaupun begitu, penulis tetap menerima segala kritikan pedas (mahupun sinis) yang akan dilontarkan kelak...segalanya dilakukan diatas semangat kebangkitan menentang kezaliman dan kebatilan yang melanda dunia hari ini...
Anjakan masa, serta perubahan iklim politik dunia hari ini telah banyak membinasakan isi dalamannya .Yang betul telah dipenjarakan, yang salah diangkat sebagai pemimpin negara..si berjuang dibinasakan, si penyangak diberi pujian, yang memerlukan dinafikan,yang senang disogokkan, yang fakir dipinggirkan, yang kaya menghitung keangkuhan...beginilah senario dunia hari ini saudaraku sekalian, wang ringgit dihabiskan kearah yang batil...digunakan untuk membutakan mata hati manusia yang semakin kecil ditelan zaman...muda mudi disuapkan dengan gelojak hawa nafsu dan hiburan...realiti tv semakin menjadi-jadi... Ikon bangsa berlandaskan artis yang berpendidikan tidak seberapa...pejuang-pejuang bangsa terdahulu terpinggir, malah dilabel sebagai puak berhaluan kiri..sebagai pengkhianat semangat nasionalis oleh parti pemerintah ketika itu...maka lahirlah "penyangak" (seperti yang dilabelkan sesetengah pihak) seperti ibrahim yaakob, dr burhanudin al helmy, dan lain-lain..
sebagai permulaan, saya telah selitkan secebis artikel mengenai kes natrah yang telah dilupakan setelah sekian lama...bukan niat dihati untuk menjadi batu penghalang kepada semangat penyatuan bangsa yang dianjurkan, tetapi penulis tidak mampu melihat agama yang dicintainya dirobek oleh arus sekularisma yang melanda...
harapnya perjuangan yang dilakukan oleh umat melayu ketika itu dapat memberi impak yang besar didalam diri pembaca sekalian...
salam kebangkitan,
Ibn Qadir
remembering natrah....
Ummat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.Kini, timbul pula isu yang juga melibatkan seorang anak melayu (anak Mansor?) yang mana juga berpotensi membangkitkan kemarahan ummat Islam di Malaysia. Dan tak lupa juga yang sedang dibicarakan iaitu kes Azalina Jailani (Lina Joy).Berbalik kisah Natrah; ia amat menyayat hati....1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam. 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda. September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman. 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh. 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co. 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura. 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah. 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya. 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan. 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah. 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh. Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu. Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda. 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu. 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan. 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah. Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh. 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah 20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi. 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen.
Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS. 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia. 20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu. 15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul. 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga. 3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda. 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah. 16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap. 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah. 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda. 1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans 1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak. 15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat. Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.