manifestasi negarakuku

"anak monyet dihutan disusukan"
"anak sendiri dipinggirkan"

begitulah ungkapan yang sesuai menurut pemikiran penulis mengenai isu hangat yang diperkatakan kini, isu negarakuku, karya weng mee chee atau lebih dikenali sebagai namewee. karyanya mendapat berbagai reaksi daripada segenap lapisan pihak, ada yang mengutuk, mencela,namun, tidak kurang pula yang memuji, mengangkat dan mengangggap lelaki tersebut sebagai jaguh komuniti cina di malaysia hari ini.Bertopengkan manifestasi hak dan keadilan kaum minoriti cina malaysia, name wee telah melaksanakan agenda jahatnya itu secara halus,di mana mampu menggugat kestabilan negara yang telah dikecapi sejak 50tahun dahulu.

Lirik-liriknya cukup sinis, berbaur perkauman, kononnya menyuarakan rasa ketidakadilan yang sekian lama wujud di bumi bertuah ini. Tindakannya mengkritik agama islam, serta budaya bangsa melayu adalah cukup memalukan, mencalarkan kredibiliti negara malaysia sebagai jaguh dunia ke3 .Namun, saya amat kesal, kerana, masih ramai lagi dikalangan kita, berbin dan berbintikan muhammad atau abdullah, langsung tidak mengambil inisiatif untuk mendesak kerajaan membawa namewee ke muka pengadilan, akibat hanyut didalam gelojak hiburan yang ditaburkan oleh puak-puak media di negara ini.Perlu ditegaskan, penulis langsung tidak berniat atau terlintas untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak didalam artikel ini, tetapi penulis hanya mahu melahirkan manifestasi yang lebih kepada bersifat peribadi, serta mahu memupuk kesedaran dikalangan pembaca semua bahawa betapa pentingnya hak melayu dan islam dipertahankan daripada diperkotak katikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

sebelum penulis mengupas topik ini dengan lebih lanjut, sukacita penulis menyorot kembali kisah silam mengenai perpaduan bangsa yang telah dikecapi di malaysia.

malaysia, atau nama asalnya malaya ataupun tanah melayu, adalah bumi yang kaya dengan hasil bumi, serta budi bahasa pada satu ketika dahulu.disebabkan perkara tersebut, tanah melayu telah menjadi tumpuan anak-anak dagang dari seantaro dunia sejak daripada pembentukan empayar melaka lagi.Hasil daripada kecekapan pemimpin-pemimpin empayar melaka, maka, tanah melayu tidaklah menjadi bumi asing lagi didalam coretan sejarah dunia.Akibat daripada itu, kekayaan yang dinikmati oleh rakyat jelata telah menarik perhatian puak imperalis barat untuk merampas hak kekayaan yang dimiliki.Hasil daripada dendam perang salib yang masih lagi belum terbalas, maka berbondong-bondong lah datangnya angkatan perang portugis melalui goa menyerang melaka, mencabut segala kenikmatan yang dinikmati oleh orang melayu pada ketika itu.Kelemahan dari segi kelengkapan persenjataan hulubalang melayu serta kecekapan alfonso de alburqaque mengemudi angkatan tentera portugis, telah menyebabkan kejatuhan empayar melaka serta jajahan takluknya.darah hulubalang tumpah ditanah, keramat kepada permulaan siri penjajahan bertalu-talu yang dilalui beratus-ratus tahun kemudian....maka, datanglah belanda, jepun serta inggeris yang terus merobek kekayaan tanah melayu, dibawa pulang ke london untuk diperdagangkan.Hasil daripada revolusi perindustrian di awal abad ke 19, bagi memenuhi permintaan pasaran dunia, pihak inggeris telah membawa masuk pekerja-pekerja asing daripada cina dan india. Dihantarnya linggam ke estet-estet, ah pek pulak dihantar kelombong-lombong bijih yang sebelum ini dimonopoli oleh orang melayu.Maka kayalah si penghijrah hasil daripada bumi emas ini, si melayu yang dahulunya berbangga dengan darjat, harta dan kuasa, kini terpinggir, diletaknya dikampung-kampung, mengusahakan sawah dan tidak mendapat pendidikan sewajarnya.Tertawalah British atas hasil dasar "pecah dan perintahnya" yang membuahkan hasil, mengelakkan benih-benih perpaduan tersemai didalam jiwa ketiga-tiga kaum tersebut.

Masa berlalu....

kedatangan armada jepun menyerang tanah melayu telah menyuburkan kembali semangat patriotisma didalam jiwa-jiwa melayu yang telah terpadam sejak sekian lama, lena dilamun kabaret-kabaret british.Semangat untuk memerintah kembali bumi sendiri semakin mekar, membawa kepada penentangan terhadap penjajah secara idealis dan terbuka..Melayu akhirnya bangkit kembali...

hasil daripada berkat kesabaran bangsa melayu, akhirnya british bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu akibat daripada kegagalan rancangan malayan union.bersoraklah warga melayu pada ketika itu...namun, bangsa-bangsa lain merasa gelisah, bimbang persekutuan tanah melayu kelak tidak memberikan taraf kerakyatan kepada mereka..maka terbentuklah MCA dan MIC memperjuangkan hak kaum masing-masing akibat daripada belenggu tersebut.Akhirnya, suruhanjaya yang dibentuk bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan, hasil daripada persetujuan pertukaran hak kerakyatan dan HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU yang harus dihormati oleh segelenap lapisan kaum...

Maka bergemalah laungan merdeka pada 31 ogos 1957...

penulis kembali kepada topik yang dibincangkan....


keterlanjuran namewee mengkritik azan, serta muslimah bertundung, cukup menggamit perhatian penulis.pada hemat penulis, tindakan tersebut secara tidak langsung telah melanggar artikel 3 perlembagaan negara, dimana kebebasan beragama haruslah dihormati.hasil daripada interpretasi tersebut, maka pada pendapat penulis, layaklah namewee didakwa diatas kesalahan,menghasut, atau berkonspirasi untuk memporak perandakan keamanan negara yang telah dikecapi.Harus diingati, layakkah namewee mengkritik laungan azan yang telah dilaungkan sejak zaman berzaman ni negara ini, walaupun sejak kelahiran namewee sendiri.

Lebih sedih, setakat ini masih lagi tiada tindakan undang-undang yang diambil terhadap namewee, si penyangak negara.Pihak pentadbir lebih banyak mensasarkan kepada isu bakar jalur gemilang di terengganu yang dilakukan oleh anak melayu sendiri, menyebabkan isu negarakuku semakin dilupakan.

Tidak dinafikan, namewee telah meminta maaf secara rasmi melalui TELEFON di china kepada kabinet.Namun, pada pendapat penulis, selagi wujudnya mens rea dan actus reus, maka seseorang itu tetap libel kepada kesalahan jenayah...undang-undang tetap undang-undang, hukum tetap hukum, itulah pendirian penulis.Di sini penulis menyatakan sokongan kepada Dato seri nazri aziz kerana menolak permohonan maaf namewee.Namun, atas alasan namewee berada di taiwan, namewee telah terselamat daripada didakwa oleh pihak berkuasa.

Penulis juga ingin menyatakan beberapa cadangan yang harapnya dipertimbangkan oleh pihak berwajib.

pertama sekali, penulis mencadangkan agar ekstradisi terhadap namewee harus dilakukan, dan pendakwaanharuslah dilakukan secepat mungkin demi menjamin kredibiliti kerajaan yang memerintah itu sendiri.Penulis tidak sanggup melihat kerajaan malaysia dilabelkan sebagai pengecut hanya kerana gagal membawa pulang seorang pelajar berusia 26tahun yang mendakwa dirinya bersifat KURANG MATANG ketika merakamkan lagu tersebut. Tindakan undang-undang terhadap namewee juga wajar diambil sebagai pengajaran kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang berani menghangatkan isu perkauman.Tindakan seumpama ini harus dilakukan untuk pelan jangkamasa panjang...

Kedua, pihak berwajib haruslah mengambil inisiatif untuk menyekat bara isu perkauman ini daripada terus marak.Penggunaan teknologi maklumat haruslah dihadkan kepada yang relevan sahaja.. program-program bersifat perpaduan haruslah dilakukan sekerap mungkin, pengenalan agama islam kepada kaum-kaum lain haruslah dilipatgandakan, bukanlah setakat rancangan al-kuliyyah dan forum perdana hal ehwal islam sahaja. Konsep-konsep yang termeterai didalam islam wajarlah diluaskan skopnya didalam kehidupan seharian.Penulis percaya, islam itu indah, maka tiada permasalahan yang akan timbul akibat daripada perlaksanaannya...Insyaallah..

Ketiga, masyarakat haruslah memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.Akhlak dan adab haruslah dipupuk sejak daripada didalam buaian lagi.Hal demikian kerana penulis percaya, dengan didikan ibu bapa yang betul, serta jauhnya pengaruh negatif barat didalam anak-anak muda hari ini, nescaya, tragedi namewee tidak mungkin berulang lagi.Hasil daripada pengawalan dan pendidikan akhlak yang jitudaripada ibu bapa, maka, anak-anak akan belajar saling hormat menghormati antara satu sama lain, tidak kira agama, bangsa, mahupun budaya.

sebelum penulis terlupa, disini penulis menyertakan laman URL untuk rujukan pembaca semua..---->http://en.wikipedia.org/wiki/Negarakuku

Harus diingatkan......Jika hari ini pelajar berusia 26tahun, berani mencerca bangsa melayu dan agama islam sebegini rupa, bagaimanakah pula dengan hari-hari mendatang...

salam kebangkitan dan salam aidilfitri

Ibn Qadir

1 Comentário:

ibn yahya said...

salam,
saya bersetuju dgn komen penulis.. tentang namawee..lagu nyer berunsur sinis. 2 lagunya yg menjadi isu perkauman bertajuk negarakuku dan kawanku. Selepas, isu ini t'siar di akbar sy cuba mencari di youtube. Tidak sy jangka komen nyer sgguh byk beribu-ribu. pertengkaran hujah antara cina dgn melayu sgguh kuat. Ada bangsa melayu..yg mengatakan awk boley hina bangsa sy tapi x bley hina agama saya. dan ada pulak bangsa cina yg mengunakkan nickname "allahbinbabi" utk menyakitkan hati bangsa melayu. Sekiranya diperhatikan ketagangan die website itu antara melayu dgn cina t'sgt la tegang.
Sama seperti pendapat penulis. saya bersetuju..sepatutnya namawee didakwa atas kesalahan menghasutofn tindakan keras sperti ISA should be done(highest penalty). Saya percaya kerajaan Malaysia TIDAK MUNGKIN AKAN BERBUAT DEMIKIAN. dan alasan tidak matang totally should be rejected. Mengikut pengetahuan law sy yg sedikit. age majority of 21 liable for his own action.(die bkn la insane, intoxicant, unsoundmind) (apa yg sy pelajari dlm commercial law). Kerajaan mencari kesalahan menghina bendera. kerajaan b'buat demkian Ini munkin menjaga hati MCA atau bangsa cina. mayb kurangkan perasaan x puas hati bangsa cina. dan pilihan raya pn sudah hampir.(menarik undi)..itu munkin how politician thinking.
dari pandangan sy (secara automatik dlm konteks MAlAYSIA malay=islam). mgkn sesetengah b'pendapat 'takpe hina bangsa sy jgn hina agama sy" sy bersetuju dgn penyataan t'sebut. tapi fikirkan lah. ade seorang profesor(maaf saya tidak dapat mengemukan bukti kuat kerana ini bacaan lama sy) membuat kajian kaitan antara agama dan bangsa. Agama dan bangsa tidak dpt dipisahkan. 2 bangsa yg x dpt lari dr agama islam ialah bangsa turki dan melayu. dan semenjak kejatuhan empayar turki uthmaniyah dan dasar sekular artatuk islam dan bangsa turki terhakis. Yg tinggal sekarang bangsa melayu dan ISlam. sbg cnth adat org melayu tunduk hormat org tua, berbaju melayu, bersongkok, sy rasa tidak bercangah pn dgn hukum islam. mgkin ada sesetengah ada tetapi telah di islamize kn dr masa ke semasa. jadi pd pendapat saya menghina melayu di m'sia scr tidak sedar mghina agama.. kita remaja melayu tidak sedar apabila bangsanya dipijak atau ditikam/ditipu/disindir sinis dr belakang. tp cukup gah melawan apabila di caci depan2. Remaja melayu selalu mengutuk bangsanya sendiri.(saya juga begitu, namun kini sy kembali rethink) Tiada bangsa yg mencaci bangsanya sendiri slain bangsa melayu. bangsa yg sntiasa mencari kesalahan saudaranya sendiri. Ini mungkin kerana kt secara tidak langsung hilang smgt bangsa (bkn asabiyah yg sy mksudkan)smngt cintakan keturunan kt nenek moyang kita. Kita tidak kenal siapa nenek moyang apa jasa mereka pd bangsa kt. (pd pendapat sy kerana kita rasakan melayu ni lemah dan tiada apa patut dibangakan selain kesultanan melayu melaka). ade pendapt mengatakan sejarah kita telah hilang utk 500 thn selepas kejatuhan empayar melaka. disembunyikan 'british. mgkn benar pendapat t'sebut. pjg berjela komen sy lebih seronok berborak di maple sebenarnya dr menaip pjg ni. kesimpulan yg sy ingin rumuskan disini. sayangilah AGAMA kita, BANGSA kita, tolonglah SAUDARA kita. moga2 kita bersatu lupakan p'bezaan idealogi.yg penting kt berimankan ALLAH yg satu dan muhammad rasulnya. sekiranya ingin bertelagah hal kecil ingtlah persamaan kita dan lupakan perbezaaan kita. waasalam