Dengan nama Tuhanku yang maha pengasih lagi penyanyang....
Pertamanya, penulis ingin meminta maaf diatas kegagalan penulis kerana gagal mebawa blog ini secara up-to date kerana kelemahan penulis sendiri. Ini desebabkan penulis terpaksa mengharungi berbagai batasan yang jauh diluar kekuatan penulis untuk mengatasinya, bagaimanapun, alhamdulillah, penulis akhirnya berjaya kembali ke meja pena setelah beberapa masalah telah pun selesai, sekalilagus penulis menyusun sepuluh jari kerana membiarkan pembaca-pembaca setia berada dalam keadaan tertunggu-tunggu selama beberapa bulan ini...harapnya segala kesabaran anda diberi ganjaran oleh Allah swt.
Setelah lima tahun, sekali lagi rakyat bumi bertuah ini, Malaysia, diberi peluang untuk memilih peneraju tampuk pemerintahan negara melalui sistem pilihanraya yang telah digariskan didalam undang-undang malaysia sesuai dengan lunas-lunas demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Penulis melihat fenomena ini secara positif, memang wajar, sebuah negara demokrasi haruslah memberikan hak pemilihan peneraju sesebuah kerajaan kepada rakyat.Tahniah penulis ucapkan kepada Malaysia.
Namun, dalam perspektif lain, penulis agak hampa dengan beberapa perkembangan tidak sihat yang semakin subur tertanam didalam minda masyarakat hari ini. Pada hemat penulis, situasi politik di malaysia lebih bersifat berat sebelah, di mana, kerajaan memerintah dilihat terlampau dominan, manakala, pihak pembangkang dilihat terlampau sempit dan terhad.Buktinya dapat dilihat di dada-dada akhbar, di kaca-kaca telivisyen, dimana penulis dapat melihat laporan-laporan berita atau rencana lebih bersifat berat sebelah dan kurang jujur. Bagi penulis, agak kurang bijak, sekiranya kita hanya menghentam satu pihak sahaja tanpa membenarkan sebuah pihak lagi membela diri atau memberikan hujah mereka didalam sesuatu isu. Tidaklah adil sekiranya hanya satu pihak sahaja dibenarkan menggunakan ruangan pengiklanan pada akhbar-akhbar nasional bagi tujuan kepartian dan pungutan undi, sedangkan pihak pembangkang hanya mampu menggunakan lidah-lidah rasminya sahaja bagi tujuan kempen. Pada penulis, manifesto pembangkang dan kerajaan haruslah dipromosikan secara bersama, kerana pada penulis, rakyat malaysia sudah cukup matang dan bijak untuk memilih teraju negara.
Keduanya, penulis juga berasa kurang senang dengan gaya pemikiran sesetengah rakyat negara ini yang bersifat terlampau takut untuk mengambil risiko memilih pembangkang sebagai pemimpin setempat. Hal ini kerana, mereka khuatir akan penarikan segala kemewahan yang akan ditambil kembali oleh kerajaan yang bakal memerintah sekiranya memilih pihak pembangkang walaupun manifesto dan kualiti mereka jauh lebih baik daripada calon kerajaan. Tabiat yang kurang sihat ini haruslah dikikis demi menjamin kesejahteraan demokrasi itu sendiri, suka penulis mengambil petikan daripada kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir, " Untuk menjadikan sesebuah negara itu kuat, pembangkang di sesebuah negara tersebut haruslah selari kekuatannya dengan kerajaan...". dalam hal ini, penulis bersetuju dengan beliau, kerana didalam sesebuah negara demokrasi, pembangkang berfungsi sebagai satu instrumen untuk menyekat segala kesalahan secara sedar atau tidak sedar yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan, di dalam istilah perundangan, ianya boleh dikatakan sebagai doktrin "check and balance" yang berlaku secara tidak langsung. Buktinya, semakin ramai ahli-ahli politik dan pegwai-pegawai tinggi kerajaan terjerumus dalam kancah rasuah, akibat kurangnya bangkangan di dalam kerajaan itu sendiri..misalnya kes rasuah kasitah gaddam, dan juga krisis korupsi sistem kehakiman negara yang didedahkan baru-baru ini.
Kesimpulannya, rakyat haruslah bersikap lebih matang dalam memilah bakal peneraju mereka, fikirkan setiap keputusan dengan bijak, janganlah hanya bersandarkan manifesto janji-janji kemewahan duniawi, tetapi fikirkanlah liabiliti yang akan dipersoal di hari akhirat kelak.
Dikesempatan ini, penulis ingin menegaskan bahawa, penulis bukanlah menggunakan isu ini sebagai medium untuk berkempen untuk mana-mana parti, namun rencana ini hanyalah sebagai penulisan akedemik dan manifestasi pemerhatian penulis.
"Tiada maaf yang akan ku pohon...."
salam perjuangan untuk semua
Ibn Qadir
0 comments:
Post a Comment