assalamualaikum warahmatullah, dan salam perjuangan ..
Malaysia, negara yang bertuah, negara yang cukup kaya dengan sumber dan hasil bumi limpahan kurniaan tuhan kepada rakyatnya.
Namun, apa yang lebih menarik, negara kecil ini ditadbir melalui sistem raja berpelembagaan, dimana Ketua negara ini, Yang Dipertuan Agong, dilantik secara bergilir-gilir diantara sultan-sultan berdaulat pada setiap tahun kelima pemerintahan. Simbol kerajaan melayu ini dijunjung tinggi dinegara terhormat ini.
Namun, keyakinan rakyat kepada sistem ini semakin menghilang. Masa berlalu dengan pantas, rakyat Malaysia sudah mula berbisik-bisik mengimpikan sebuah republik rakyat yang lebih bebas dan demokratik.
Tidak dinafikan suara-suara ini muncul oleh kerana ketidakpuasan hati rakyat terhadap Sultan Perak yang enggan membubarkan dewan Undangan Negeri atas kemelut politik yang melanda Perak yang lalu. Seolah-olah, talian hayat rakyat telah berakhir..
Tidak semena-mena, penulis terkenangkan wasiat sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah terbilang Kerajaan Uthmaniyyah kepada anaknya :
"Ayahanda bakal menghadap Allah swt. Sedikitpun ayahanda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini sudah ditakdirkan.Tambahan pula sekiranya ayahanda pergi sudah ada penggantinya.Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil.Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam sebab itulah kewajipan raja-raja Islam. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan lain. Janganlah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama.
Jangan kamu lantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu. Jangan kamu lantik mereka yang sering melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan penting.
Hindari Bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu.Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkannya.
Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam. Ayahanda berwasiat kepada anakdaku, hormatilah ulama.Jangan sekali-kali mengusir mereka dari pintu istanamu.
Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama (p/s:bukan kerana melayu)
Kamu ambil pengajaran daripada perjalanan hidupku. Ayahanda dilahirkan ke dunia seperti semut kecil. Kemudian Allah kurniakan ayahanda Nikmat-nya yang begitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Alllah.
Jangan kamu boros membelanjakan harta negara dengan berfoya-foya ataupun bersenang-lenang ataupun kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu membawa kepada kehancuran kerajaanmu"
Masyaallah...air mataku mengalir dahagakan khalifah Islam sebenar....semoga Baginda Muhammad Al-Fateh ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.. Al fatihah!
....dan kini fitnah melaga-lagakan rakyat dan Raja sudah bertiup ke negeri Jelapang padi pula..
Ibn Qadir
2 comments:
salam.. minta copy n paste ke blog ana boleh? -aishah binti misran-
waalaikumsalam..
dengan berbesar hati ana berikan keizinan kepada enti. Ilmu ini bukanlah hak istimewa ana, ia milik sekalian bangsa..
wallahualam
Post a Comment