GMP bukan Anti Bahasa Inggeris!

Sepatutnya isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini menjadi perhatian orang ramai khususnya mereka yang mengaku sebagai rakyat Malaysia. Kehadiran tokoh-tokoh bahasa seperti Sasterawan Negara - A. Samad Said semasa pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini adalah satu manifestasi luahan rasa yang selama ini terbuku dalam hati beliau.

Malah, untuk menuduh GMP ini sebagai 'sekumpulan' manusia yang 'anti bahasa Inggeris' adalah tidak benar dan tuduhan melulu. Jika melihat kepada kenyataan tokoh-tokoh pejuang bahasa ini, mereka menggalakkan untuk mempelajari bahasa Inggeris malah mencadangkan agar subjek bahasa Inggeris itu yang perlu dimantapkan. Bukannya dengan menjadikan subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Ada juga suara sumbang yang mengatakan bahawa mereka yang bersama GMP ini tidak mahir berbahasa Inggeris...Ini lagi satu tuduhan yang liar dan tanpa menyelidik terlebih dahulu. Datuk Dr Hassan Ahmad umpamanya mempunyai Ijazah Kedoktoran di Universiti Leiden, di Holland dan bekas wakil Malaysia ke PBB/UNESCO. Dalam pada itu, Prof Emeritus Abdullah Hassan umpanya banyak membentangkan kertas kerja mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan Prof Dr. Shahrir Md. Zain dan banyak lagi nama-nama tokoh yang bersama GMP ini.

Pada hemat kami, sebenarnya Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin amat takut dengan Tun Mahathir kerana dasar ini adalah cetusan idea Mahathir. Begitu juga dengan orang-orang UMNO yang sememangnya sanggup mendiamkan diri dan mengorbankan generasi akan datang semata-mata 'takut' dengan Mahathir. Jadi sekarang tinggal apa dengan UMNO?

Pengalaman sewaktu menghadiri Pelancaran GMP cukup menarik kerana rapat umum ini diketuai oleh tokoh-tokoh pejuang bahasa. Dalam erti kata lain 'veteran'. Malah saya terdengar sebilangan polis berasa hairan dan terkejut kerana yang buat rapat umum ini mereka yang 'veteran' dan bukan orang muda atau ahli politik. Adakalanya mereka terfikir apa tindakan yang nak diambil nanti.

Cuba kita fikir sejenak....siapa tokoh-tokoh yang berdiri di belakang PPSMI ini? Ada ke tokoh-tokoh yang bersungguh-sungguh nak perjuangkan PPSMI?

Tetapi mereka yang menentang PPSMI ini cukup ramai dikalangan tokoh-tokoh. Jadi adakah wajar jika kita mengatakan PPSMI ini menguntungkan rakyat khususnya generasi muda?

Ketokohan Datuk Dr. Hassan sendiri sudah cukup untuk melambangkan bahawa dasar selama 6 tahun ini (PPSMI) adalah kesilapan yang besar dilakukan oleh Kerajaan (UMNO, MIC dan MCA). Walaupun bunyi-bunyi sumbang oleh 'Utusan Malaysia' yang mempertikaikan GMP dan ketokohan Datuk Dr. Hassan, saya fikir mereka sendiri yang perlu lihat cermin......

Jika Kerajaan dahulu nak laksanakan dasar ini tanpa sebarang kajian dan pertemuan dengan tokoh bahasa mahupun ahli akademik......setelah 6 tahun berlalu kini kerajaan sepatutnya kembali ke pangkal jalan.....Sebelum dibuang rakyat dalam pilihan raya yang akan datang (Memetik kata-kata Pak Samad Said)

4 comments:

Anonymous said...

kenapa x bantah awal2?kenapa x bantah semasa PPSMI baru dilaksanakan, sekurang-kurangnya sekarang x jadi masalah rumit....

maaf terkasar bahasa

Ibn Qadir said...

terima kasih atas pandangan saudara..

utk pengetahuan saudara, bantahan telah dilakukan sejak dari dahulu lagi (2003)... telah banyak cara yang telah dilakukan, daripada pertemuan diperingkat pemerintah, forum-forum, persidangan meja bulat,dan juga saman terhadap kementerian pendidikan atas isu ini. namun nampaknya kementerian masih belum mengambil serius berkenaan hal ini..Kata orang biarlah bermula dengan hikmah.

dulu, kata mereka, ini berjaya..kami sudah memberi bermacam-macam amaran, dan sudah tentu pakar-pakar dan sarjana-sarjana juga mengatakan perkara yang sama. Perlu diingat, sarjana-sarjana ini berlawan dgn ilmu, bukan dengan gaya.. mereka terus bersabar..

Namun akhirnya sabar itu merobek jua.. lihatlah pak samad, walau hanya bertubuh kecil, meniti usia emas yang semakin dipinggiran, gigih memperjuang bahasa kebangsaan sebelum segalanya semakin terlambat..

maka pada hemat saya, lebih baik kita berjuang menegakkan bahasa kebangsaan kita hari ini, bukannya mempersoalkan lambat dan cepat tindakan itu.. bukankah lebih baik daripada tiada langsung?

ikhlas,
Ibn Qadir

Anonymous said...

maaf atas kesilapan saya...
sungguh saya hanya seorang insan yang kerdil...saya tak tahu tentang bantahan awal yg mmg telah dibuat dari dulu lagi...

sekali lagi saya minta maaf
-insan yg lemah-

Ibn Qadir said...

saudara..

tiada kemaafan yang dipinta.. mungkin terdapat juga kelemahan dikalangan kami dalam mengusahakan kerangka bantahan PPSMI ketika itu..

Tiada kekerdilan yang saya nampak didalam diri saudara, sesungguhnya manusia itu sama sahaja, apa yang membezakan hanyalah iman dimata Allah swt..

Teruskan kritikan, pandangan, atau cadangan terhadap blog ini..saya amat mengalu-alukan segalanya daripada anda..

Saya juga meminta maaf jika ada kiranya kata-kata saya disini menyakiti sanubari saudara..

Penulis juga tidak terlepas dari khilaf...

wallahualam

Ibn Qadir