Selawat dan salam Buat pejuang terhebat sepanjang zaman,Rasulullah saw .....
Segunung doa dan penghormatan buat sahabat-sahabat Rasul pilihan, yang tidak pernah kenal erti putus asa di dalam berjuang..
Salamku buat rakan-rakan di sekalian benua yang tidak pernah putus-putus berjuang mempertahankan hak kebebasan mahasiswa, menyerang segala penentangnya…
Dan Salam kebangkitan buat saudaraku sekalian…
Pertamanya, penulis amat berterima kasih atas segala komen, pendapat, mahupun kritikan yang telah diutarakan oleh pembaca sekalian kepada penulis. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, penulis telah meneliti setiap komen dan segala pendapat yang dikemukakan, harapnya segala komen dan kritikan anda mendapat balasan yang sewajarnya daripada Allah swt…
Di atas permintaan sahabat penulis, saudara Faisal Abdul Aziz, penulis akan cuba menyuarakan pendapatnya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1970 atau lebih dikenali sebagai AUKU dikalangan kita semua. Insyaallah, penulis akan cuba memberikan pendapatnya sewajar mungkin dan pada masa yang sama, penulis secara rasmi memohon maaf sekiranya berlaku kesilapan yang disengaja atau tidak disengajakan sekiranya terdapat salah silap di dalam fakta yang bakal dikemukan. Tulisan berikutnya hanyalah secebis buah fikiran penulis, terpulanglah kepada pembaca sekalian untuk menilainya.
Sebelum penulis pergi lebih jauh, suka penulis menyorot kembali sejarah terbentuknya AUKU itu sendiri …
peristiwa 13 mei
Pada awalnya, hasilnya cukup untuk membuatkan pemerintah pada ketika itu tersenyum lebar.. Manakan tidak, apabila ada sahaja suara-suara sumbang di sisi kampus, dicampakkan sahaja seperti bangkai ke luar universiti atau sumbatkan sahaja mereka ke dalam sel-sel berhampiran, harapannya, jiwa muda yang membara dengan api juang itu kian malap dan terus terpadam buat selamanya. Sesiapa yang menentang merasa nahasnya, sesiapa yang berjuang, diganyang selumatnya!.
Ya… tahniah kepada mereka, Negara hebat ini kian aman dan stabil (kata mereka)…, tiada lagi demonstrasi pelajar di kaki lima …tumpukan sahaja perjuangan anda di medan peperiksaan, lupakan segala apa yang berlaku di luar, biarkanlah pemerintah yang mengendalikannya..Fikirkan kuliah sahaja, berpada-padalah berpersatuan, sertailah badan-badan yang mesra rakyat (mesra kerajaan?) , nescaya anda tidak perlu gusar mengenai peruntukan kewangan dan sebagainya… anda akan disayangi, anda akan dihormati,sekiranya ada rezeki, mungkin menjadi Menteri kabinet di kemudian hari.
Nah, bertebaranlah mereka ke dewan-dewan kuliah, mengikuti aktiviti kokurikulum yang disyariatkan oleh pihak universiti, mengangotai badan-badan yang hanya berdiam diri walaupun kecurangan sosial berlaku dihadapan mata mereka. Mahasiswa terus menjauhkan diri daripada permainan politik yang dianggap kotor, dan terpencil, maka bekejarlah mereka untuk mendapatkan segulung ijazah dengan keputusan secemerlang mungkin, dan ada pula yang begitu asyik dengan keseronokan dunia remaja. Merasakan diri masih lagi muda, lantaran itu, mereka terus menghindari perbincangan-perbincangan matang yang dianjurkan. Program-program hiburan yang dikejar, program-program ilmiah dirasa semakin membosankan, membantutkan segala cita-cita dan semangat generasi mahasiswa sebelumnya.
Hampir 30 tahun selepas itu, Negara bertuah ini merasa kesan buruknya. Produk-produk AUKU ini menjadi robot bernyawa yang taat dengan perintah si tuan. Rakyat yang bijak hanya diukur dengan segulung skrol kehormatan, tetapi hakikatnya tiada daya saing. Generasi merbahaya ini lebih cintakan periuk nasi sendiri daripada memikirkan masalah yang dihadapi Negara. Sebagai akibat, Malaysia semakin hilang pelapis kepimpinan yang mampu menggegar dunia. Tiada lagi Tun Mahathir atau Anwar Ibrahim yang kedua, yang lahir, hanyalah robot pengampu yang semakin tamak memenuhkan kantung-kantung yang semakin melimpah, yang mementingkan diri, yang jelek memikirkan isu-isu masyarakat kontemporeri.
Penulis juga berasa amat kecewa, apabila fenomena ini berlaku dikalangan rakan-rakan penulis sendiri, ramai diantara mereka yang hanya memikirkan kesoronokan duniawi, ada kalanya, wujud dikalangan mereka yang langsung tidak peka dengan isu-isu semasa melainkan segmen hiburan atau dunia sukan. Yang hangat diperkatakan bukanlah masalah krisis kepimpinan, tetapi juara Akedemi fantasia yang difikirkan…
Ya… memang benar, secara fizikalnya AUKU hanyalah helaian-helaian bertulis yang berintikan dakwat, cukup membosankan untuk di baca. Namun, buku inilah yang bertanggungjawab membantutkan kematangan berfikir segenap lapisan mahasiswa. Mungkin pembaca sekalian dapat merujuknya sendiri melalui link di bawah :
http://www.usm.my/bhepp/AktaU&K.pdf
Berkenaan dengan cetusan oleh Menteri pengajian Tinggi untuk meminda AUKU, ya, memang benar, penulis menyokong tindakan tersebut. Namun, besar harapan penulis, agar AUKU dihapuskan sepenuhnya. Pada hemat penulis, AUKU sudah tiada relevannya. Cukuplah dengan 30tahun penindasan tegar yang telah menyahmatangkan mahasiswa, kami telah bosan menjadi robot AUKU (seperti robot AIBO di jepun). Walaupun begitu, sekiranya ada pindaan, harapnya pihak bertanggungjawab benar-benar ikhlas dalam perbuatan mereka. Janganlah ada tipu helah yang terus menista, janganlah ianya dijadikan medium permainan politik semata-mata.
Perjuangan kita masih Belum Selesai….
Hapuskan AUKU demi masa depan Negara!!!
Insan anti AUKUisme
Ibn Qadir
-p/s : penulis hairan... bukankah puteri umno itu sendiri telah mencabuli seksyen 15 Akta Universiti dan kolej universiti 1970? mengapa tiada tindakan undang-undang diambil? musykil berbinkan ajaib...
1 Comentário:
Salam Perjuangn.
Tahniah atas penulisan saudara tentang AUKU. Sebenarnya isu AUKU ini ialah isu pokok dan tidak boleh dipandang remeh oleh kita sebagai mahasiswa. Malah ia boleh dianggap sebagai isu yang paling utama berbanding beberapa isu lain. Faktornya ialah ia melibatkan kehidupan kita di kampus dan ia akan menjadi suatu imej di kaca mata masyarakat.
AUKU sememangnya tidak relevan. Cuba buat referendum di kalangan cendekiawan, semua akan memperkatakan keburukan AUKU. Hanya golongan yang tidak ada pendirian dan disiplin ilmu yang kuat akan memuji AUKU ini.
Lantaran, sekurang-kurangnya dengan banyak blog yang menulis tentang AUKU ini dapat 'memanaskan' lagi isu ini yang hari ini dilihat disejukkn semula oleh media.
Post a Comment