Jebat!Jebat!Jebat!
Pahlawan Rakyat
Jebat
Seribu pendekar tak sama hebat
Pahlawan kebenaran tiada gentar,
Tiada bimbang
Taming sarinya memutuskan adat larangan
Taming sarinya memutuskan adat larangan
Demi kesetiaan,
Demi persahabatan
Jebat,Jebat
Kau keseorangan,kau keseorangan
Sekarang Kasturi datang menjunjung titah sultan
Lekir Lekiu bukan lagi sahabatmu
Kau keseorangan
Kau keseorangan berjuang menentang
Jebat
Siapkan dirimu menunggu Ketibaan Hang Tuah
Pesuruh Raja bertelut,
Tangan menjunjung sembah
Hamba sultan maha setia
musuhmu paling bahaya
Darahmu jadi persembahan untuk limpah kurnia
Jebat
Tiadakan gentar ia,tiadakan gentar ia
Menari-menyanyi dalam cinta kasih sayang dang wangi
Dayang istana menyimpan duka sangkar emas raja
paling setia ,paling setia
Meski maut sedang menyapa
Jebat Jebat
Jika derhakamu derhaka keramat
Kemuliaan pahlawan seribu abad
Titis darahmu
Melaka tidak beraja sampai kini
Itulah keagunganmu kerana JEBAT tak pernah mati
Jebat Jebat
Pinjamkan apimu
Pinjamkan lidahmu berani
Untuk kami angkatan ini....
-Uthman awang 1971-
................................................................................................................................................................
renung-renungkanlah sahabat seperjuangan sekalian.....
......a tribute to Allayarhan Uthman awang...
Al-Fatihah.....dari sasterawan cabok,
Ibn Qadir
p/s :terima kasih kepada sahabatku nun diutara kerana memberikan sumber puisi ini...harap sama-samalah kita teruskan perjuangan dalam menolak kezaliman dan menegakkan keadilan di bumi bertuah ini...Insyaallah
2 comments:
terima kasih kerana published sajak ini.
Saya dah lama cari :)
Post a Comment