Ya Rabbi, Kurniakanlah kedamaian, dan ketenangan kepada jiwa-jiwa hamba yang memerlukan...
assalamualaikum kepada sahabat pembaca...
salam juang ....
tahniah diucapkan kepada calon-calon PRK UIAM yang telah berjaya memenangi hati para mahasiswa sekaligus diberi mandat untuk menerajui MPP kelak. Harapnya rahmat Allah akan sentiasa bersama kalian. amen..
Namun, secara peribadi, penulis berasa terkilan kerana pada PRK kali ini, terdapat begitu banyak sekali permainan politik yang menjengkelkan telah berlaku.
Antara isu terbesar yang disedari ialah "perang" antara WUFI dan PKPIM...
Disini, penulis tidaklah mahu mengungkit, siapakah yang salah, mahupun siapa yang betul, namun apa yang dikesalkan, terjadinya pertelingkahan antara dua gerakan mahasiswa Islam yang pada natijahnya sehaluan matlamatnya- mendaulahkan Islam didalam jiwa-jiwa mahasiswa.
Disini, penulis menyeru, agar kedua-dua belah pihak supaya berhenti tohmah menohmah, benci membenci, caci maki antara satu sama lain.Hal ini demi menjamin kesucian, dan kreadibiliti gerakan mahasiswa Islam itu sendiri.Penulis kira lebih elok jika ia digantikan dengan dasar saling hormat menghormati, selain menggalakan perkongsian idea walaupun kaedah perjuangannya sedikit berbeza. Harapnya, janganlah dengan hanya kerana isu kepolitikan, umat muhammad yang satu imannya, berpecah belah...
Fikirkanlah, jika sengketa antara PKPIM dan WUFI terus berpanjangan, siapa pula yang akan bertepuk tangan?? - sudah tentu musuh-musuh Islam dan seangkatan dengannya..
Janganlah satu ketika nanti kita terpandang kebelakang, dan baharulah kita sedar, apa yang kita lakukan pada hari ini, sesungguhnya merugikan kita...
Bukankah lebih baik diadakan satu perjumpaan tertutup diantara majlis tertinggi kedua-dua belah pihak, daripada menabur artikel-artikel berbaur kebencian di arus perdana?
Maka Rasionallah pada akalku, Gejala politik kotor ini harus dibanteras supaya ia tidak terus membarah!!
Walllahualam
Pecinta gerakan Islam,
Ibn Qadir
p/s: luahan diatas bersifat peribadi, bukanlah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana badan yang dianggotai penulis. Harap maklum
0 comments:
Post a Comment