KENYATAAN MEDIA
GERAK MAHASISWA MALAYSIA
22 JANUARI 2009
Kenyataan Media Gerak Mahasiswa Malaysia berkaitan dengan pilihanraya kampus bagi sesi 2009/2010
Gerakan Rakyat Anti Korupsi Mahasiswa Malaysia (Gerak Mahasiswa Malaysia) menggesa agar pengundi yang terlibat dalam pilihanraya kampus di seluruh Negara memilih mana-mana calon yang berintegriti di antara calon-calon yang bertanding.. Pemilihan calon yang tepat oleh pengundi amat perlu agar pemimpin yang dilantik kelak mampu untuk membawa agenda pembangunan mahasiswa secara telus, bertanggungjawab dan penuh integriti.
Perlu ditegaskan bahawa, Politik kampus adalah medan latihan utama generasi mahasiswa sebelum terjun ke dalam cabaran dunia politik sebenar yang lebih mencabar. Berkaitan dengan itu, demi membebaskan Negara yang kita cintai ini daripada segala bentuk korupsi kelak, maka wajarlah elemen anti rasuah dipupuk sejak daripada pilihanraya kampus lagi.
Maka di kesempatan ini, kami memikirkan suatu kerangka dan garis panduan haruslah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat bagi merealisasikan harapan masyarakat kampus khususnya, dan rakyat Malaysia secara amnya, untuk memastikan pilihanraya kampus yang dijalankan bebas daripada segala ancaman korupsi dan rasuah.
Sehubungan dengan itu, Sukacita kami di Gerak Mahasiswa Malaysia mencadangkan agar satu post mortem khas dilaksanakan oleh pihak universiti terbabit bagi mengenal pasti kewujudan korupsi dan rasuah politik didalam Pilihanraya Kampus tersebut. Gesaan ini seharusnya dinilai secara serius oleh pihak berkaitan bertujuan untuk memastikan pemilihan barisan kepimpinan mahasiswa bagi sesi ini bebas daripada segala apa bentuk ancaman korupsi sekaligus menjadi orientasi terbaik kepada calon kepimpinan mahasiswa agar masalah korupsi dapat dibanteras sejak daripada akar umbi lagi.Post mortem sebegini sedikit sebanyak akan membantu bagi mencegah kegiatan rasuah dan korupsi untuk jangka masa panjang.
Justeru itu, Gerak Mahasiswa mencadangkan pemwajiban keatas semua calon yang bertanding didalam pilihanraya kampus kali ini agar mengisytiharkan segala peruntukan kewangan bagi tujuan kempen dan pertandingan. Hal ini dilihat sebagai satu intipati penting bagi memastikan setiap calon tersebut bebas daripada segala gejala politik wang dan korupsi.
Dalam pada itu,Kami juga menggesa agar setiap calon yang bertanding didalam pilihanraya yang disebutkan diatas berikrar bahawa mereka akan menjauhi segala unsur politik wang didalam pilihanraya yang bakal ditandingi. Ini dilihat bersesuaian bagi membudayakan kesedaran anti korupsi yang dilihat semakin lemah dikalangan generasi mahasiswa mutakhir kini.
Sebagai langkah pelengkap, pemantauan secara Pro-aktif oleh badan-badan atau pertubuhan bebas terhadap Pilihanraya Kampus juga wajar dilaksanakan.Penilaian oleh panel-panel bebas dan professional ini dilihat sebagai satu inisiatif penting bagi menjamin tiadanya unsur salah guna kuasa, rasuah dan politik wang wujud didalam pilihanraya yang dimaksudkan sekaligus menjamin ketelusan dan integriti calon yang bertanding.Ini dilihat bertepatan dengan hakikat bahawa golongan mahasiswa adalah pewaris kepada barisan kepimpinan Nasional kelak.
HAFIDZ HAKIMI HARON
Exco,
Bahagian Kepimpinan dan sukarelawan
GERAK MAHASISWA MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment