Kuda Hitam....


Demi Allah, Izinkanlah hambamu berseloka..

Entah mengapa, mata ini sukar dilelapkan. Jam sudah menunjukkan 4:30 pagi, kuliah esok pagi mulanya jam 8, esok hari membuang undi bagi pilihanraya kampus di UIAM, namun kelopak mata ini masih degil untuk menuruti perintah tuannya supaya dikatupkan.



Terlintas juga cerita angkat sumpah Presiden Obama, tergagap-gagap melafazkan ikrar!.. sedikit ganjil, sedikit takjub. Kata sesetengah orang, kadangkala gagap seorang pemimpin ini bagus juga. Sama seperti melafazkan nikah, mungkin itu petanda memikirkan keterberatan memikul tanggungjawab yang bakal digalas? Apa yang difikirkan Obama ya? Wallahualam.

Tidaklah menjadi sesuatu yang menghairankan, kemenangan puak demokrat pada pilihanraya Amerika Syarikat yang lalu seharusnya telah dijangkakan. Sekilas pandang, nampaknya pengundi disana lebih membenci dasar pentadbiran Bush dan rakan-rakan daripada sentimen perkauman itu sendiri. Mungkin sudah bosan agaknya dengan retorik Bush yang tidak habis-habis menjadi hamba suruhan Negara Zionis. terpaksa atau rela? Itu penulis kurang periksa.


Namun apa jua hakikatnya, slogan “we believe in change” yang dimainkan oleh puak demokrat telah memberi impak besar terhadap kemenangan Obama dalam pilihanraya yang lalu. Tidak perlu menunggu Obama secara resminya menjadi Presiden pun, “change” itu nampaknya sudah berlaku. Kali pertama dalam sejarah, Orang hitam ke rumah putih, masyarakat dunia merayakan kemenangan seorang presiden Amerika Syarikat, dan lain-lain.

Namun soalnya, adakah “change” itu akan terbawa auranya ke tebing barat yang tidak pernah berhenti bergolak sejak 60tahun yang lalu? Adakah Obama akan merombak dasar polisi luar Bush yang amat cintakan peperangan? Adakah Obama akan menolak dasar liar zionis yang sudahpun diketahui mengawal polisi rumah putih sejak era Kennedy lagi?

Di atas kertas, “change” itu hanya tinggal harapan, hanya tinggal dongengan. Negara Kapitalis seperti Amerika Syarikat amat memerlukan dasar peperangan Internasional untuk menjana keuntungan. Keamanan sejagat haruslah ditegah demi menjamin kekuatan ekonomi Negara sedemikian. Logikanya, siapa lagi yang mahu membeli teknologi persenjataan Amerika yang canggih manggih itu; sekiranya tiada provokasi dan konfrantasi ? Jika amanlah agaknya tebing barat itu, tiadalah pembelian senjata daripada pihak Israel, tiadalah ikat janji pembelian jet-jet penggempur oleh mesir dan Arab Saudi! Maka muflislah konglemerat besar seperti Boeing, Lockhead dan sebagainya. Jadi pada mereka, peperangan wajar diteruskan patah lagi dizaman kemelesetan ekonomi sebegini!!

Sedang menitipkan penulisan ini, terkenang juga perbualan bersama rakan ketika menikmati teh “beng” bersamanya awal senja tadi.

“kau tahu tak kimi, semalam adik aku Tanya aku, kenapa Israel nak bunuh anak-anak Palestin, kenapa orang lain tak boleh nak bantai Israel?”

“Abes tu, kau jawab apa?” ujar penulis berminat..

“aku katalah, memanglah orang tak boleh buat apa-apa sebab Amerika ni Kuda Israel… ikut je ape yang Israel suruh!!.. apa lagi, adik aku pun pelik ,dia Tanya balik aku, “kuda Israel?” pastu dia terdiam..”

Penulis tersenyum sambil meimiginasikan fikrah anak kecil itu. Mungkin dibayangnya Bush sedang ditunggang oleh Olmert macam main kuda-kuda waktu kecil-kecil dulu.

“Esoknya, pagi-pagi lagi adik aku jumpa ayah aku..” sambung rakan sambil membetulkan kaca matanya.

“Apa yang dia buat?” Tanya penulis kehairanan

“dia kata kat ayah aku “ Ayah! Ayah tahu tak Amerika tu kuda Israel!!!”



……Sesungguhnya Amerika itu kuda Israel….hummm…

P/s:, harapnya pembaca dari UIA memilih saf pimpinan terbaik bagi menerajui sesi MPP yang mendatang.. Jangan lupa mengundi, Lunaskan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa!!!

Salam Juang,

Ibn Qadir


0 comments: