Salam kebangkitan dan salam maulidur rasul kepada rakan pembaca semua…
Segala puji bagi Allah, tuhan sebenar-benar tuhan, penguasa yang tiada batasnya
Selawat dan salam buat utusan agung rasulullah dan sekalian kerabatnya…Pembawa cahaya kepada segala kegelapan jiwa-jiwa tandus…
Segala doa buat para pejuang agama dan kemanusiaan yang tidak pernah tunduk menentang kezaliman dan penindasan..
Secebis harapan buat seluruh warga
Demam pilihanraya telah berlalu, syukur penulis ucapkan kepada yang Maha Agung, kerana secara keseluruhannya pemilihan tersebut berjalan dengan lancar tanpa timbul sebarang kekacauan yang mampu menggugat kestabilan sosial Negara ini secara amnya..(walaupun timbul isu-isu seperti gangsterisme, pengundi hantu dan sebagainya, besar harapan penulis,agar mereka dapat dibawa ke muka pengadilan dan di kenakan tindakan sewajarnya).
Namun, apa yang lebih menarik perhatian penulis dalam permasalahan politik kotemporeri hari ini adalah, beberapa isu susulan yang timbul selepas pilihanraya ke 12 kali ini. Berkenaan dengan isu pertukaran pemerintah dibeberapa buah negeri, dan juga pertikaian diantara parti politik dan juga pihak istana. Tetapi, izinkan penulis untuk mengetepikan dahulu isu-isu tersebut, insyaallah, penulis akan mengutarakan pendapatnya pada entri mendatang…
Saban hari, desakan perletakan jawatan keatas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah, semakin kencang bertiup Lebih menarik lagi, desakan ini turut disuarakan oleh mantannya sendiri, Tun Mahathir Mohamed, serta beberapa individu lain, termasuklah ahli-ahli daripada parti kompenan BN itu sendiri. Pada pendapat penulis, fenomena sedemikian bukanlah sesuatu yang cukup menghairankan tatkala BN telah gagal memenangi majoriti 2/3 daripada kerusi parlimen yang dipertandingkan dan diperburukkan lagi dengan kekalahan di 4 buah negeri yang selama ini menjadi kubu kuat Barisan Nasional. Bak kata orang-orang tua dikampung, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Walaubagaimanapun, penulis lebih selesa melihat isu ini secara positif, walaupun penulis bukanlah seorang opurtunis (seperti saudara kita yang bertanding di Rembau), tetapi banyak impak yang lebih bersifat demokratik telah terbentuk akibat kemelesetan BN itu sendiri. Lihatlah institusi Kesultanan hari ini, sudah semakin berani menunjukkan taringnya setelah sekian lama tumpul didominasi politik kepartian, lihatlah rakan-rakan mahasiswa kita, semakin terbuka dan telus menyuarakan pendapat yang pada sebelum ini gentar akibat dibelenggu ketakutan, Nah, segalanya positif bukan?
Entah mengapa, apabila kedengaran nama Perdana Menteri “kesayangan”, fikiran penulis melayang teringatkan mantan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Kadangkala memori nakal ini mencuit hati penulis mengenangkan jatuh bangun mantan Perdana Menteri Negara ketiga termaju di dunia itu.
Kerjaya Shinzo Abe didalam politik bermula apabila memenangi pilihanraya kawasan Yamaguchi di jepun pada tahun 1993, beliau merupakan rakyat jepun pertama yang memenangi jumlah undi terbesar didalam sejarah pilihanraya Yamaguchi. Akibat daripada itu, popularitinya terus meningkat, sehingga pada September 2006, beliau telah menjadi Presiden Parti Liberal demokratik jepun, menggantikan Junichiro koizumi. 6 hari kemudiannya, beliau ditabalkan sebagai Perdana Menteri Jepun ke 90, mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri jepun termuda sejak era Fumimaro Konoe (1941) dengan usia 52 tahun pada hari pertabalan setelah mendapat sokongan menyuluruh daripada kedua-dua dewan parlimen Negara matahari terbit tersebut.
Kelucuan bermula pada pertengahan tahun 2007, di saat-saat akhir pemerintahan Shinzo Abe, krisis bermula apabila Menteri Pertanian jepun, Tashikatsu Matsuoka membunuh diri, membawa kepada kejatuhan populariti Abe sebanyak 70% dikalangan rakyat jepun. Diburukkan lagi dengan skandal rasuah dan kewangan oleh menteri Pertanian seterusnya, Norihiko Agi dan Takehiko Edo, yang terus memburukkan reputasi Abe sebagai Perdana Menteri. Malang buat Abe tidak terus terhenti begitu sahaja, ia terus diburukkan dengan kekalahan besar parti Liberal demokratik di parlimen walaupun masih lagi mampu membentuk kerajaan, namun, Abe tetap meletak jawatan atas rasa bermaruah dan tanggungjawab.
Adakah Senario seperti ini tidak begitu janggal jika difikirkan kembali tentang situasi di
Berani menilai……….Berani berfikir…….Berani Bertindak……
Mahasiswa Jalanan,
Ibn Qadir
5 comments:
kimi..you've improved a lot!well done my friend. Ya! aku sangat bersehaluan dengan ko dalam isu-isu semasa ni. Lebih-lebih lagi dalam arena berpolitik. Tahniah jugak dengan idea yang ko bagi, boleh tahan! For your info, things like this la encourage me to write. A lot of my friends told me i have an idea but only can convey it in temporary manner. I mean, percakapn,perbualan. So i have decided to make a move, to join all of the bloggers to explain my thought and ideas. Wish me luck buddy!
salam... cerita pasal politik jepun ni nta amik di mana? boleh bg link dia? jzkk
Your writing depicts your personality well..analytical critical and precise..i have not get the opportunity to read your other posts..in due time, InshaALLAH i will read them..this post seems to infer that you would want our current PM to do the same as Abe. a wonderful literature to voice your views. I have to say, having read your article has broaden my horizon on international politics and thought me ways to improve my writing. i am trying to write less as this is a comment. hope to read more post from you..
p/s-cool header you got there mate!
I am waiting for your UUCA article....
buat afzanur rahman...
penulis merujuk kepada wikipedia dan artikel daripada majalah time ...
penulis memohon maaf kerana penulis gagalmengingati link tersebut...
namun, saudari boleh mencari artikel berkenaan beliau di internet...pada anggapan penulis, banyak artikel berkenaan dengan beliau telah tersiar...harapnya dapat membantu..
sekian, terima kasih
Ibn Qadir
Post a Comment