Gaza dibedil Lagi! - Darahku Membara Dengan Jihad!


"Ya Allah, Bantulah pejuang-pejuang agama mu di Palestin!

Bimbinglah mereka seperti para syuhada’ yang gagah menegakkan Agamamu!

Goncangkanlah Segala perancangan musuh-musuh kami!

Kurniakanlah kekuatan Tentera Ilahi seperti yang kau lakukan pada Syuhada’ yang terdahulu!

Selamatkanlah Palestin Wahai Tuhanku yang Maha agung!

Bekalkanlah mereka dengan semangat jihad yang tiada taranya!

Kurniakanlah Kemenangan Kepada Mereka!"






2 hari selepas memperingati Maulud Nabi Isa Alahissalam, Semenanjung Gaza sekali lagi menjadi medan pertumpahan darah penduduk Palestin.

Serangan udara yang dilancarkan oleh pihak Rejim zionis yang telah menelan 200 jiwa penduduk yang tidak berdosa kononnya sebagai satu tindakan serangan balas terhadap pergerakan Hamas diatas serangan roket yang dilancarkan keatas selatan Israel yang lalu.

Ya, alasannya mudah, bagi menghapus pengganas, dalam erti kata mereka adalah pergerakan Hamas. Washington pula seperti biasa, terus berlembut, kadang-kadang menutup mata. Negara Islam yang lain pula membisu, seperti hilang kejantanannya. Majlis Keselamatan PBB pula seperti boneka, menari mengikut rentak dendangan zionis dan sekutu- sekutunya. Tapi benarkah sasaran mereka adalah pergerakan Hamas semata-mata?? Mari kita tinjau apa kata New York Times :


"A military operation against Hamas, the militant group that controls Gaza, had been forecast and demanded by Israeli officials for weeks, ever since a rocky cease-fire between Israel and Hamas broke down completely in early November and rocket attacks began in large numbers against Israel. Still, there was a shocking quality to Saturday’s attacks, in broad daylight on about 100 sites, as police cadets were graduating, women were shopping at the outdoor market and children were emerging from school."

“The center of Gaza City instantly became a scene of chaotic horror, with rubble everywhere, sirens wailing, and women shrieking as dozens of mutilated bodies were laid out on the pavement and in the lobby of Shifa Hospital so that family members could identify them. The vast majority of those killed were Hamas police officers and security men, including two senior commanders, but the dead included several construction workers and at least two children in school uniforms.”

Nampaknya Rejim berhati syaitan ini sudah menganggap kanak-kanak Palestin sebagai pengganas? Bagaimana pula dengan anak-anak mereka? Malaikatkah ?

Apakah malang nasib penduduk Gaza? Sudahlah bantuan kemanusiaan disekat kerana penutupan sempadan, kini dibedil pula oleh Jet-jet puak Zionis? Bak kata orang-orang tua kita, Sudah jatuh ditimpa tangga!


Memang dasar pengecut, hanya tahu serang dari udara! Turunlah ke tanah! Kita lihat siapa pejuang sebenar! Allahuakbar!!!

Apa Pula kata pemimpin kita? Adakah sekadar berdiam diri? Atau sekadar mengeluarkan kecaman yang langsung tidak berbisa?


Sudahlah sahabat, tinggalkanlah program realiti Tv yang mengkhayalkan, tinggalkanlah acara rempit hujung minggu yang merosakkan, tinggalkanlah acara berfoya-foya di kelab-kelab malam dan pusat-pusat Karaoke yang menjelekkan! Aku merayu, Bangunlah semua! Sampai bila harus kita pejamkan mata??

Tidak berasa berdosakah kita dikala saudara kita meratap kematian keluarga mereka, kita disini sebok dengan persiapan parti menyambut tahun baru???


Ini soal jiwa! Ini soal Kedaulatan! Ini soal Islam!


Bangkitlah Semua! Hulurkan Bantuan, Hulurkan sokongan! Walau Hanya dengan sepotong Doa!

......Atau mungkin setelah jutaan gelen darah mengalir dibumi Palestin, baharulah kamu mahu membuka mata???



Darahku Membara Dengan Jihad!
Ibn Qadir

2 comments:

Anonymous said...

salam ,sahabat tersentap peraaan membaca nukilan penulis yang penuh dengan keikhlasan ,jiwa yang lemah in turut merasa ape yang dirasakan oleh penilis,insyaallah sebagai insan yang kerdil kepada Allah jualah kita berserah .semoga Allah memberikan pertolongan kepada mereka yang dizalimi.Allahuakbar.

Ibn Qadir said...

waalaikumsalam penulis ucapkan kepada sang pembaca...

Alhamdulillah..jika benar begitu perasaan yang dirasakan oleh pembaca. Harapnya perasaan itu dapat dikekalkan, dan sememangnya itu matlamat penulis meninta artikel yang tidak seberapa ini, bagi mencelekkan ape yang tertutup, menoktahkan apa yang membutakan...

Walaubagaimanapun, harapnya kita, sebagai umat Islam, dapat sama-sama berjuang menentang kerakusan zionis yang tidak henti-henti memerah darah penduduk palestin. Sudah lebih 60tahun mereka dilupakan oleh masyarakat antarabangsa, mungkin kali ini tiba masanya pada kita untuk betul-betul bangkit menentang momokan yahudi ini...

Justeru, mungkin selemah-lemahnya, kita boleh panjangkan doa selepas solat kita kepada sahabat-sahabat mujahidin di seluruh dunia, di palestin khususnya, agar diberikan kemenangan dan kejayaan oleh Allah swt.

Jangan pula keberatan untuk menganggotai protes-protes anti Israel yang dianjurkan serta tunjukkan sokongan anda terhadap pemboikotan barangan milik firma yahudi,mungkin peperangan hari ini lebih berkesan di lapangan ekonomi berbanding di medan pertumpahan darah...

Wallahualam..

Segala yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri penulis sendiri, namun hakikatnya, kedua-duanya adalah kehendak Allah swt...

Wassalam dan Terima kasih...